Sunday, February 27, 2011

Kaedah mengelakkan kaki berbau

Antara kaedah untuk mengelakkan kaki berbau ialah:
  1. Cara yang paling mudah adalah dengan menaburkan bedak wangi atau lebih baik menggunakan bedak anti septik yang khas untuk menolong menyerap peluh di dalam kasut
  2. Sentiasa amalkan menjemur kasut yang sudah digunakan di bawah cahaya matahari untuk menghilangkan kelembapan di dalam kasut
  3. Cuci kaki setiap hari dengan menggunakan sabun antiseptik. Selepas itu lap sehingga kering terutama di bahagian tapak dan celah-celah kaki
  4. Tukar stokin yang dipakai setiap hari terutamanya yang memakai kasut bertutup dan memakai kasut tersebut dalam jangka masa yang lama

Friday, February 25, 2011

Elakkan menjadi penghidap Anoreksia

Anoreksia bermaksud 'kehilangan selera' dimana ia disebabkan cara berdiet yang salah. Anda mungkin tidak sedar yang anda seorang penghidap anoreksia. Di bawah merupakan ciri-ciri seorang penghidap anoreksia:
  1. Kehilangan 25% dari berat badan asal
  2. Berfikir yang anda seorang yang gemuk padahal anda sebenarnya kurus
  3. Menolak segala bentuk makanan walaupun ia sebenarnya bagus untuk kesihatan badan
  4. Merasakan bahawa berlapar merupakan satu-satunya jalan untuk menjadi kurus
  5. Gagal menaikkan berat badan ke tahap yang ideal dalam masa tiga bulan berturut-turut


Wednesday, February 23, 2011

Kebaikan mandi sebelum subuh

Mungkin ramai dari kita yang tidak tahu tentang kebaikan mandi sebelum subuh. Mengamalkan mandi sebelum subuh dapat mengelakkan lemak terkumpul kerana air yang meresap ke dalam badan mengurangkan lemak yang terkumpul di dalam badan kita. Kita boleh lihat kebanyakan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk. Jadi cuba amalkan mandi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.

Tuesday, February 22, 2011

Teh 'O' turunkan berat badan

Amalkan meminum secawan air teh 'O' setiap pagi semasa sarapan. Ia boleh mengawal berat badan anda  dan seterusnya menurunkan berat badan jika diamalkannya selalu. Ia telah diamalkan dan terbukti berkesan. Cubalah.

Monday, February 21, 2011

Lagi kelebihan menangis

Dengan menangis anda bukan sahaja dapat melegakan perasaan, malah anda dapat mengurangkan stress. Bagaimana? 
  1. Menurut kajian, air mata ternyata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu 'endorphin leucine-enkaphalin' dan 'prolactin' dan apabila hormon stress ini terkeluar, secara tidak langsung ia dapat menurunkan level stress.
  2. Air mata juga dapat membunuh bakteria, dimana air mata terkandung cecair yang disebut 'lisozom' yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria yang tertinggal dari pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria hanya dalam 5 minit. Oleh itu air mata boleh dikatakan berfungsi sebagai antibakteria semulajadi.
  3. Air mata juga dikatakan mampu membantu seseorang membangun komuniti. Ini kerana apabila seseorang menangis dia akan menceritakan segala masalah yang dihadapinya pada rakan-rakannya dan rakan-rakannya ini akan memberikan sokongan dan ini akan meningkatkan kemampuan bersosial dan juga berkomunikasi.




Sunday, February 20, 2011

Berjoging mampu tajamkan minda

Berjoging atau berjalan kaki mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular individu, ia juga secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap konsentrasi mental anda sendiri. Dalam satu kajian mendapati, indidvidu yang sering melibatkan diri dalam senaman-senaman yang melibatkan kardiavoskular ini ternyata mampu meningkatkan daya fokusnya dan sekaligus mampu menajamkan minda. Jadi rajin-rajinlah berjoging.

Saturday, February 19, 2011

Rahsia buah epal

Buah epal sememangnya sedap dimakan, lebih sedap bila dibuat jus. Tetapi tahukah anda kebaikan buah epal? Kajian mendapati yang epal mampu memberikan kesan positif pada otak. Kandungan antioksida yang terkandung di dalam buah epal atau jusnya mampu melindungi otak manusia dari mengalami beberapa masalah yang melibatkan memori serta fungsi-fungsi otak itu sendiri. Jadi untuk memperoleh manfaat dari buah epal, anda digalakkan untuk menikmati 2 atau 3 biji buah epal setiap hari.

Friday, February 18, 2011

Kelebihan menangis

Melihat seseorang itu menangis akan membuatkan kita merasa sedih, tapi menangis itu sebenarnya elok untuk kesihatan. Antara kelebihan apabila kita menangis ialah:

  1. Dapat membantu penglihatan - ini kerana bila kita menangis cecair yang keluar dari mata dapat mencegah mata kita dari kering dan seterusnya mengelakkan penglihatan kita dari kabur.
  2. Mengeluarkan racun dari dalam mata - menurut seorang ahli biokimia, William Frey,air mata yang terkeluar hasil dari kita menangis, akan mengeluarkan racun dari dalam badan kita melalui mata
  3. Membantu melawan penyakit - contohnya penyakit tekanan darah tinggi yang disebabkan stress.

Thursday, February 17, 2011

Menangislah

Menurut kajian, dengan menangis kita boleh mengurangkan stress. Ramai orang mengaku mereka merasa lebih lega setelah menangis. Dengan menangis, kita boleh meluahkan perasaan yang tidak dapat diucapkan melalui kata-kata. Malahan menangis dikatakan dapat menyembuhkan penyakit dan meningkatkan kadar adrenalin. Menurut Professor William Frey, "air mata yang dikeluarkan saat kita sedang emosional, mengandungi hormon endorphin atau stress hingga boleh membuat perasaan lebih lega".







Wednesday, February 16, 2011

Dapatkan waktu tidur yang berkualiti.

Semua orang biasanya tidur pada waktu malam tapi apabila bangun pada keesokkan harinya mereka masih lagi merasa letih. Kenapa ini terjadi? Salah satu sebabnya ialah mereka tidak mendapat rehat yang cukup pada malam hari. Untuk mendapat tidur yang cukup pada malam hari adalah dengan cara masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam, contohnya tetapkan waktu tidur anda pada pukul 11 malam dan kemudiannya bangun pada waktu yang sama pada keesokkan paginya, contohnya pukul 6 pagi. Amalkan setiap hari dan cuba untuk tidak melanggar rutin harian anda ini walaupun pada waktu hujung minggu.

Tuesday, February 15, 2011

Kurangkan minuman bergas

Bayangkan hari yang panas terik dan tekak anda terasa haus. Sememangnya mendapat setin air coke berais umpama rahmat kepada anda yang sedang kehausan. Tapi tahukah anda yang air gas mempunyai kandungan gula yang tinggi dan mampu menyumbang banyak penyakit kepada tubuh anda? Saya rasa ada sesetengah orang sedar akan hakikat ini, tetapi malangnya nikmat minum air gas terutamanya yang berais mengatasi segala-galanya. Anda kalah akibat termakan pujuk rayu setin air gas yang umpama menari-nari didepan anda.ketika cuaca panas terik.  Anda mungkin akan sedar hanya apabila anda telah terkena penyakit. Tapi pada masa itu dah tak boleh nak buat apa, bak kata pepatah, dah terantuk baru nak terngadah, dah tak ada gunanya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak minum, buruk padahnya.

Monday, February 14, 2011

Amalkan minum teh

Teh dikatakan mampu menurunkan berat badan. Malah ia  boleh mengurangkan stress. Teh juga dapat menyegarkan tubuh badan anda. Oleh itu, amalkan meminum teh selalu agar kehidupan anda dan keluarga serta insan yang tersayang lebih sihat dan ceria.

Sunday, February 13, 2011

Amalkan cara pemakanan yang sihat

Cara pemakanan yang sihat boleh membawa kepada gaya hidup sihat. Ini bermakna kurangkan makanan berminyak, berlemak, banyak garam dan gula. Selain itu, makan makanan seperti ayam, ikan, susu dan kekacang dalam kadar yang sederhana. Di samping itu, makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak. Lebihkan makan makanan bijirin dan yang mempunyai lebih banyak serat dalam kadar yang lebih banyak.

Saturday, February 12, 2011

Cara mengurangkan risiko terkena kanser payudara

Untuk mengurangkan risiko terkena kanser payudara, banyakkan minum air soya, kalau boleh amalkan meminumnya selalu. Ini kerana kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser payudara.

Friday, February 11, 2011

Kurangkan garam dalam makanan

Garam merupakan salah satu ramuan penting dalam masakan. Kalau tak letak garam alamat tak rasa apa lah masakan kita. Tapi perlu beringat bila letak garam dalam masakan, silap-silap terlebih letak boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Oleh itu kurangkan penggunaan garam dalam masakan kalau boleh tambah garam sekurang-kurangnya hanya satu sudu teh sahaja dalam masakan.

Thursday, February 10, 2011

Berhenti merokok

Pada yang merokok, cubalah untuk berhenti merokok. Memang kebanyakkan perokok yang telah lama merokok akan mengatakan susah untuk berhenti merokok, tapi bak kata pepatah "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Sedarkah anda yang merokok membawa banyak penyakit kepada anda? Walaupun anda sedar, tapi nikmat menghisap merokok mengatasi segalanya. Bukankah begitu? Ini yang selalunya dikatakan oleh para perokok. Tapi ingatlah orang yang tersayang, sesungguhnya setiap hisapan itu memendekkan usia anda.

Wednesday, February 9, 2011

Cara mengawal rasa marah

Apabila anda sedang marah, tidak kira sama ada pada seseorang atau pun diri sendiri, perkara pertama yang patut anda buat ialah tarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas keluar dengan perlahan-lahan. Kemudian jika anda sedang duduk, bawalah berdiri dan begitu juga sebaliknya. Ketika sedang marah elakkan dari melihat warna-warna terang, kurangkan bercakap dan sentiasa fokus pada pemikiran positif seperti percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Tuesday, February 8, 2011

Banyakkan Berterima Kasih

Apabila bangun pagi, mulakan hari dengan berterima kasih. Terima kasih kepada tuhan kerana memberi peluang untuk kita bernafas, terima kasih kerana dapat tidur di atas katil empuk, terima kasih kerana dapat hidup di negara yang aman ini, dan terima kasih kerana dapat melihat hari yang ceria ini. Dengan berterima kasih, ia dapat membuatkan kita lebih menghargai apa yang kita ada dan berasa bersyukur dengan apa yang kita ada berbanding dengan orang yang kurang bernasib baik seperti kita.

Monday, February 7, 2011

Pemikiran Positif

Sentiasa berfikiran positif terutamanya apabila berdepan dengan masalah. Ini penting kerana apabila anda berfikiran negatif, masalah tidak akan dapat diselesaikan malahan mungkin akan bertambah buruk. Contohnya apabila anda akan terlewat ke tempat kerja, jangan fikirkan yang anda bakal terlewat, sebaliknya fikirkan yang anda akan sampai tepat pada waktunya, amalkan berfikiran positif. Amalkan dan lihat perubahan yang ketara.

Sunday, February 6, 2011

Handphone Dan Kesihatan

Handphone mampu menyumbang kepada Penyakit Kanser! Handphone mempunyai frekuensinya sendiri dan otak serta badan kita turut mempunyai frekuensinya sendiri. Dua frekuensi ini seboleh-bolehnya tidak diletakkan secara dekat antara satu sama lain kerana ia boleh mengganggu frekuensi satu sama lain. Oleh itu kalau boleh, jangan letak handphone dekat dengan kepala anda bila tidur dan kepada para remaja, jangan suka gantung handphone di dada atau letak di dalam poket seluar.

Saturday, February 5, 2011

Minum Air Suam Mampu Buang Toksin di Badan

Pastikan anda minum sekurang-sekurangnya 8 gelas air masak sehari kerana ia mampu membuang sisa toksin di dalam badan. Malah boleh membuat kulit anda semakin cantik dan sentiasa segar.

Friday, February 4, 2011

Warna Hijau Mampu Menyihatkan Mata

Bila bangun pagi, lihat sesuatu benda atau pemandangan yang  berwarna hijau. Ini kerana warna hijau dikatakan boleh menyihatkan mata. Selain itu, warna hijau mampu untuk merangsang minda. Oleh itu dinasihatkan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan, disarankan untuk membuat peta minda yang banyak menggunakan warna hijau serta warna-warna yang lain.

Thursday, February 3, 2011

Kandungan Protein Yang Terdapat Di Dalam Sebiji Telur

Adakah anda tahu?
Menurut kajian, terdapat banyak protein yang terkandung dalam sebiji telur,
oleh itu, kajian mengesyorkan sebiji telur hanya boleh dimakan 2minggu sekali.