Thursday, June 30, 2011

Bahan tambah makanan yang perlu dielakkan

Pernahkah anda memerhatikan label terutamanya label bahan ramuan yang dilekatkan pada makanan yang anda ingin beli? Atau walaupun anda selalu perhatikan, tetapi anda tidak tahu apakah maksud bahan-bahan ramuan yang tertera di label itu? Disini ingin saya kongsikan sedikit beberapa bahan tambah makanan yang perlu dielakkan di dalam makanan anda.
  1. Aspartame - Pihak Berkuasa Ubatan Amerika (FDA) menerima aduan yang paling banyak mengenai bahan pemanis ini berbanding dengan bahan makanan lain-iaitu melebihi 3000 aduan. Aspartame muncul dalam jenama seperti Nutrasweet dan Equal. Simptom sensitiviti yang disebabkan oleh Aspartame merangkumi kegatalan kulit, tekanan rendah, sakit kepala, rasa loya, telinga berbunyi  sukar untuk tidur perubahan deria rasa, percakapan yang kabur, kesedihan sehingga ingin membunuh diri dan mengalami kejutan.
  2. Nitrat - Nitrat digunakan sebagai pengawet dalam daging seperti bakon, ham dan ikan bagi mengelakka kerosakan. Nitrates membentuk campuran nitromin yang boleh menyebabkan kanser. Ia dikatakan mempunyai hubung kait dengan penyakit kanser dan kecacatan kelahiran.

Saturday, June 25, 2011

4 fakta tentang lelaki dan berat badan

1. Lelaki yang mempunyai saiz pinggang lebih daripada 39 inci akan mengalami risiko diserang penyakit berbahaya yang lebih tinggi.
2. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan dua kali risiko serangan sakit jantung.
3. Lebih kurang 33 peratus lelaki akan meninggal dunia akibat barah berpunca daripada berat badan yang berlebihan.
4. Cara terbaik mengamalkan kesihatan dalam jangka masa panjang ialah dengan mengamalkan makanan bijirin. Dalam masa 2 tahun kamu akan terasa lebih sihat.

Thursday, June 23, 2011

Cara menghindari makanan ringan

Makanan ringan seperti gula-gula, coklat dan kerepek kentang merupakan antara godaan apabila seseorang tu sedang lapar. Tetapi makanan ini tidak elok untuk kesihatan terutamanya apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak. Terdapat banyak cara untuk menghindarinya, antaranya:
  1. Amalkan minum jus - Minum jus boleh mengenyangkan anda dan seterusnya baik untuk mereka yang sedang berdiet.
  2. Makan dengan kerap - Makan dengan kerap tetapi di dalam kuantiti yang sedikit. Dengan cara ini anda akan sentiasa kenyang dan dapat mengelakkan anda dari makan makanan ringan yang tidak mempunyai khasiat tu.
  3. Kawal kuantiti - Anda boleh makan makanan ringan tetapi pilihlah makanan ringan yang rendah lemak dan berkhasiat tetapi jangan diambil dalam kuantiti yang banyak.

Friday, June 17, 2011

Manfaat anggur merah

Anggur merah kaya dengan kandungan resveratrol di mana ia mempunyai fungsi untuk menurunkan kolestrol serta mengelakkan pembekuan darah. Ia juga memberikan kesan yang baik untuk fungsi hati dan mengelakkan terjadinya gangguan pada jantung.

Thursday, June 9, 2011

Cara menangani stress

Untuk menangani stress, makanlah ikan Salmon. Sebuah kajian mendapati apabila diet sekumpulan lelaki diperkuatkan dengan omega-3 fatty acids, tahap cortisol (penanda aras stress) di dalam darah mereka tidak berubah apabila menghadapi stress.

Monday, June 6, 2011

Kebaikan kopi...

Lazimnya kita hanya mengetahui yang minuman seperti teh dan jus buah-buahan saja yang mengandungi bahan antioksida. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan kopi juga mengandungi bahan antioksida yang boleh mencegah kanser. Tetapi awas jangan diminum dalam kuantiti yang banyak, cukup sekadar secawan dua kopi sehari kerana jika berlebihan ia bukan mendatangkan kebaikan tetapi akan menyebabkan stress dan jantung berdegup dengan lebih kencang lagi.

Friday, June 3, 2011

Cegah serangan sakit jantung (2)

Lagi petua untuk melindungi jantung anda ialah:
  1. Mengimbangi tahap insulin - tahap insulin yang tinggi boleh membawa kepada masalah rintang insulin, salah satu faktor utama penyakit jantung. Untuk mengimbangi tahap insulin anda, buat senaman dengan kerap dan elak dari makanan bergula.
  2. Ubah gaya hidup anda - jika dulu anda adalah seorang yang jarang bersenam, cuba lebihkan bersenam kerana ia lebih berkesan dalam merawat penyakit jantung berbanding ubat dan sepatutnya menjadi pertahanan pertama terhadap serangan jantung. Kurangkan juga pengambilan makanan berkarbonat tinggi seperti makanan berasaskan jagung, minuman bergas, ubi dan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Selain itu kawal tahap stress anda dengan pelbagai aktiviti masa lapang, mendengar radio, membaca buku, mendengar muzik, keluar berjumpa kawan dan sebagainya.