Thursday, March 31, 2011

Tips amalan pemakanan yang sihat

  1. Jangan makan ketika berbaring, berdiri, berlari dan berjalan
  2. Bila nak mula makan, amalkan membaca 'bismillah' dan sudahi dengan 'alhamdulillah'.
  3. Elakkan memakan makanan yang terlalu panas atau yang terlalu sejuk.
  4. Amalkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
  5. Kurangkan makan makanan berminyak.
  6. Kurangkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan bahan perasa yang terlalu banyak.
  7. Biasakan untuk menghabiskan makanan dahulu sebelum minum jangan makan berselang dengan air.

Sunday, March 27, 2011

Cara untuk mengurangkan stress

Bila anda stress, cuba amalkan cara-cara ini:
  1. Tarik dan hembus nafas secara perlahan-lahan. Ulang beberapa kali sehingga anda merasa lega.
  2. Sekiranya anda sedang duduk, bawalah berdiri dan buat sedikit senaman seperti mendepakan tangan ke kiri kanan, ke atas ke bawah.
  3. Berjalan-jalan di sekitar tempat duduk anda, atau ke tempat yang anda sukai.
  4. Mendengar muzik yang anda suka. Muzik boleh membawa ketenangan kepada sesiapa yang mendengarnya.
  5. Cuba lakukan yoga atau bermeditasi. Setiap hari cuba ambil masa dalam 5 minit untuk bermeditasi dimana anda kosongkan fikiran anda. Jangan fikir apa-apa langsung, tumpukan pada ketenangan minda anda.

Tuesday, March 22, 2011

Stress

Jika anda mengalami simptom stress, jangan risau bukan anda seorang sahaja yang mengalami stress. Mengikut satu laporan, 85% orang yang berjumpa dengan doktor mengaku mereka mengalami stress. Dalam erti kata lain, stress merupakan satu situasi yang dialami hampir semua orang. Stress ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa seperti bila tiada duit, bila ada konflik dengan kekasih, bila kerja tertangguh, ketika menunggu bas, di tempat kerja, malah dirumah. Apa yang perlu anda buat ialah menguruskan stress itu dengan baik. Menguruskan stress dengan baik boleh mengurangkan tahap stress anda dan seterusnya membantu anda menangani segala masalah yang datang.

Friday, March 18, 2011

Cara mengelakkan pening kepala atau migrain

Untuk yang beragama islam, apabila anda sembahyang terutamanya sembahyang subuh, anda digalakkan untuk bertafakur iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. Kajian yang dibuat oleh saintis telah menemui beberapa milimeter ruang udara di dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud boleh mengalirkan darah ke ruang berkenaan. Cara ini dikatakan boleh mengelakkan migrain dan juga pening kepala.



Tuesday, March 15, 2011

Kebaikan halia

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, halia dapat mengurangkan berat badan serta boleh membuang angin dan lemak yang terkandung di dalam badan. Selain itu, halia dapat menghilangkan bau mulut. Halia juga telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun dahulu. Halia dapat melancarkan peredaran darah seseorang dan lebih menarik lagi halia dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga dapat membantu sistem penghadaman manusia. Oleh kerana itulah, ramai yang menggunakannya di dalam masakan timur mahupun barat.

Saturday, March 12, 2011

Khasiat lobak merah

Pada masa dahulu, lobak digunakan  sebagai bahan perubatan dan makanan. Lobak dikatakan berasal dari Jerman. Lobak kaya dengan minyak dan vitamin seperti A, B dan C, garam, potasium dan karotin. Karotin dikatakan mampu menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser sementara serbuk bijinya boleh diminum  untuk mengubati sakit kembung perut dikalangan kanak-kanak. Malah lobak boleh mengurangkan kandungan gula dalam badan, mengubati kencing manis, penyakit jantung, ghout dan penglihatan. Selain itu lobak boleh menolong memecahkan angin, memecahkan batu karang dan menyembuhkan luka di mana lobak merah dihancurkan bersama madu dan diletakkan di tempat yang luka.

Thursday, March 10, 2011

Tabiat yang sihat

Setiap orang mempunyai tabiat masing-masing yang cukup sukar diubah, tetapi di dalam hal gaya hidup sihat ini, sekiranya anda banyak mengamalkan gaya hidup yang kurang sesuai untuk menjalani gaya hidup sihat, cubalah untuk berubah. Seperti:
  1. Jika sebelum ini anda hanya ber'joging' di depan TV, ubah tabiat ini, jadikan ber'joging' satu amalan harian dalam hidup anda. Kalau anda terlalu malas sangat, apakata berjalan kaki mengelilingi rumah sekurang-kurangnya 20 minit, 3 kali sehari.
  2. Pada yang suka sangat makanan segera, kurangkan tabiat ini dan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadikan ia sebagai satu snek dan kalau boleh sentiasa bawa tupperware yang berisi buah-buahan dan bila anda lapar, ia boleh dijadikan sebagai alas perut.
  3. Amalkan pemakanan tambahan seperti vitamin untuk memastikan anda sentiasa kekal cergas.
  4. Banyakkan minum air. Cuba amalkan membawa botol air ke mana sahaja anda pergi.

Tuesday, March 8, 2011

Keburukan merokok

Tahukah anda yang merokok boleh membuatkan lebih banyak kesan kedutan akan timbul di muka? Satu kajian mendapati, orang yang merokok akan lebih mudah nampak tua disebabkan kesan kedutan di muka berbanding dengan orang yang tidak merokok. Malah merokok juga akan membuatkan kulit anda nampak kusam. Jadi kepada sesiapa yang nak awet muda selalu, berhentilah merokok dan amalkan gaya hidup yang sihat sesungguhnya merokok itu boleh membunuh. Ingatlah orang tersayang.

Sunday, March 6, 2011

Amalkan memakan herba tradisional

Berikut merupakan beberapa jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh masyarakat cina yang terkenal dengan amalan pemakanan kesihatan yang turun temurun.
  1. Sarang burung- sejenis makanan eksotik yang diperbuat daripada air liur burung layang-layang, baik untuk memelihara kecantikan kulit dan menambah selera makan.
  2. Halia- sering digunakan untuk mengatasi masalah sistem pencernaan, pembuangan angin di dalam tubuh dan mengubati masalah asid perut yang berlebihan
  3. Ginseng-dikatakan mampu menambah tenaga, mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya ketahanan tubuh badan.
  4. Timun laut/gamat- ia dipercayai mengandungi mineral yang boleh membantu dalam merawat luka, memperbaiki peredaran darah dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  5. Kulit limau tangerin kering-digunakan di dalam kebanyakan hidangan cina kerana dikatakan mampu memperbaiki sistem pencernaan dan menyembuhkan jangkitan. Terdapat kajian yang menunjukkan kulit limau mampu mengurangkan paras kolestrol di dalam tubuh dan membunuh sel kanser.

Saturday, March 5, 2011

Makanan laut dan makanan darat

Apabila makan, cuba seboleh-bolehnya makan makanan yang sejenis sahaja. Apa yang cuba saya katakan disini ialah apabila makan makanan darat, elakkan makan bersama makanan laut. Nabi Muhammad S.A.W pernah menegah kita dari makan ikan bersama susu kerana ini dikhuatiri badan kita akan lebih mudah dijangkiti penyakit. Ini terbukti apabila kajian yang dibuat saintis menjumpai di mana badan ayam mengandungi ion(+) manakala di dalam badan ikan ion (-). Jika di dalam suapan ayam bercampur ikan terjadi tindak balas biokimia, tindak balas yang terhasil akan menyebabkan kerosakan pada usus kita.

Thursday, March 3, 2011

Kaedah mengelakkan kaki berbau (3)

Ada banyak sebenarnya kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan kaki berbau.  Contohnya kalau kaedah-kaedah yang saya bagi sebelum tak berapa berkesan, cuba kaedah ni pula:
  1. Potong limau nipis dan gosokkan di bahagian kaki terutama tapak dan celahan jari kaki. Ini kerana limau nipis telah terbukti dapat mengatasi dan mengelakkan bau busuk anggota badan, atau
  2. Jika kelapangan berkunjunglah ke spa untuk melakukan rawatan refleksologi, atau kalau tak berkesan juga,
  3. Jumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat dan rawatan yang terbaik dari doktor tentang cara penjagaan kaki yang betul dan sihat.

Tuesday, March 1, 2011

Kaedah mengelakkan kaki berbau (2)

Terdapat banyak lagi cara untuk mengelakkan kaki berbau, antaranya:

1) Rendam kaki selama 10-15 minit dengan air suam. Selepas itu, sental dengan menggunakan produk cucian kaki khas untuk menghilangkan daki dan kotoran dari kaki. Sesudah itu lap kaki dan sapu losyen yang sesuai
2) Didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh. Kemudian campurkan dengan setengah baldi air sejuk dan rendam kaki untuk seketika
3) Beli lebih dari sepasang kasut terutamanya kasut untuk ke tempat kerja. Jadi anda boleh bertukar kasut selalu dan dapat mengelakkan dari memakai kasut yang sama setiap hari
4) Pakai stokin yang diperbuat daripada kapas.