Pernahkah anda memerhatikan label terutamanya label bahan ramuan yang dilekatkan pada makanan yang anda ingin beli? Atau walaupun anda selalu perhatikan, tetapi anda tidak tahu apakah maksud bahan-bahan ramuan yang tertera di label itu? Disini ingin saya kongsikan sedikit beberapa bahan tambah makanan yang perlu dielakkan di dalam makanan anda.
- Aspartame - Pihak Berkuasa Ubatan Amerika (FDA) menerima aduan yang paling banyak mengenai bahan pemanis ini berbanding dengan bahan makanan lain-iaitu melebihi 3000 aduan. Aspartame muncul dalam jenama seperti Nutrasweet dan Equal. Simptom sensitiviti yang disebabkan oleh Aspartame merangkumi kegatalan kulit, tekanan rendah, sakit kepala, rasa loya, telinga berbunyi sukar untuk tidur perubahan deria rasa, percakapan yang kabur, kesedihan sehingga ingin membunuh diri dan mengalami kejutan.
- Nitrat - Nitrat digunakan sebagai pengawet dalam daging seperti bakon, ham dan ikan bagi mengelakka kerosakan. Nitrates membentuk campuran nitromin yang boleh menyebabkan kanser. Ia dikatakan mempunyai hubung kait dengan penyakit kanser dan kecacatan kelahiran.