Thursday, May 5, 2011

Kebaikan Brokoli

Brokoli merupakan salah satu daripada sayuran yang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang paling banyak. Ia tergolong di dalam keluarga kobis iaitu kumpulan sayur cruciferous. Antara zat-zatnya ialah Vitamin C, Vitamin A, asid folik, kalsium dan serat.

Walaupun kandungan kalsiumnya tidak setanding segelas susu, tetapi brokoli merupakan sumber kalsium bagi anda yang tidak memakan produk tenusu. Kalsium bukan sahaja membina tulang yang kuat malah memainkan peranan penting dalam membantu mengawal tekanan darah tinggi dan juga membantu dalam mencegah kanser kolon (usus).

Beta-karotin dan Vitamin C adalah antioksidan penting yang dikaitkan dengan mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung, katarak dan beberapa jenis kanser lain.

No comments:

Post a Comment