Monday, April 25, 2011

Cara melindungi pendengaran anda

Kepada yang rajin mendengar alat pemain MP3, disini terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil sebagai melindungi pendengaran anda:
  1. Bila mendengar MP3, sebaik-baiknya gunakan fon kepala yang dipakai di luar telinga dan bukan yang di dalam telinga. Atau anda juga boleh gunakan fon kepala yang lebih canggih dimana ia dapat mengasingkan bunyi bising di luar. Jadi ia membolehkan anda mendengar muzik dengan lebih jelas dan pada kadar bunyi yang rendah.
  2. Kurangkan kadar bunyi pemain MP3 anda. Dengan merendahkan kadar bunyi anda boleh mendengar muzik dengan lebih lama lagi.
  3. Buatlah pemeriksaan telinga selalu terutama bila anda rasa terdapat sebarang perubahan terhadap pendengaran anda.
  4. Jadikan satu hari hari bebas dari sebarang bunyi. Ini boleh merehatkan telinga anda yang selalu terdedah kepada pelbagai bunyi.
  5. Sekiranya anda berada di tempat yang agak bising, rendahkan kadar bunyi pemain MP3 anda.

No comments:

Post a Comment