Amalkan menukar berus gigi setiap 3 bulan. Bergantung pada kekerasan bulu berus, ianya mungkin harus ditukar lebih awal dari itu. Ini adalah kerana apabila bulu berus mula tidak lurus dan hilang kakuan lenturnya, ianya tidak lagi membantu anda membersihkan gigi secara efektif.
Wednesday, April 27, 2011
Monday, April 25, 2011
Cara melindungi pendengaran anda
Kepada yang rajin mendengar alat pemain MP3, disini terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil sebagai melindungi pendengaran anda:
- Bila mendengar MP3, sebaik-baiknya gunakan fon kepala yang dipakai di luar telinga dan bukan yang di dalam telinga. Atau anda juga boleh gunakan fon kepala yang lebih canggih dimana ia dapat mengasingkan bunyi bising di luar. Jadi ia membolehkan anda mendengar muzik dengan lebih jelas dan pada kadar bunyi yang rendah.
- Kurangkan kadar bunyi pemain MP3 anda. Dengan merendahkan kadar bunyi anda boleh mendengar muzik dengan lebih lama lagi.
- Buatlah pemeriksaan telinga selalu terutama bila anda rasa terdapat sebarang perubahan terhadap pendengaran anda.
- Jadikan satu hari hari bebas dari sebarang bunyi. Ini boleh merehatkan telinga anda yang selalu terdedah kepada pelbagai bunyi.
- Sekiranya anda berada di tempat yang agak bising, rendahkan kadar bunyi pemain MP3 anda.
Sunday, April 24, 2011
MP3 boleh menjejaskan pendengaran
Zaman sekarang ini boleh dikatakan hampir semua orang terutamanya remaja mempunyai pemain MP3, atau MP4, iPOD malah telefon bimbit yang sedia ada sekarang ni pun turut menyediakan fungsi MP3. Ini sememangnya sangat memudahkan semua orang untuk mendengar muzik terutamanya bila bosan-bosan tunggu LRT, komuter, bas ataupun sekadar tengah tunggu kawan. Tetapi tahukah anda bila kita dah mendengar MP3 beberapa jam setiap hari mampu menjejaskan pendengaran kita? Mengikut kajian:
- Mendengar selama 8 jam pada desibel 85 akan menyebabkan kehilangan pendengaran yang ketara.
- Mendengar selama 4 jam pada desibel 88 akan memberi kesan yang sama.
- Kecederaan pendengaran akan berlaku pada desibel 100-105 dalam masa 8 hingga 15 minit.
Tuesday, April 19, 2011
Kurangkan menonton televisyen
Satu kajian telah dibuat dan di dapati bahawa mereka yang menonton televisyen lebih dari 2 jam sehari berisiko dua kali ganda untuk menghidap penyakit asma. Lebih dari 300 juta orang di dunia ini menghidap penyakit asma dan ini dikatakan akibat dari obesiti dan kurang bersenam. Antara simptom penyakit asma ialah sakit dada, sesak nafas dan batuk. Jadi disini bermaksud kita kenalah kurangkan waktu menonton televisyen agar kita dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit asma dan juga lain-lain penyakit dan lebihkan masa untuk bersenam.
Wednesday, April 13, 2011
Cara meningkatkan daya ingatan
1. Kawal stress - stress boleh menyebabkan anda tidak dapat fokus dengan keadaan persekitaran anda. Ini bermakna bila anda stress anda tidak dapat berfikir dengan baik dan daya ingatan anda terjejas disebabkan fokus anda yang terganggu.
2. Amalan membaca Al-Quran - bagi yang beragama Islam, amalkanlah membaca Al-Quran. Tak dapat banyak, dalam sehari sehelai pun jadi. Ini kerana dengan membaca Al-Quran anda dapat menerangkan hati dan juga menenangkan jiwa anda dan seterusnya menajamkan daya ingatan.
3. Banyakkan bersenam - bersenam bermaksud mengerakkan otot-otot badan kita dan seterusnya dapat melancarkan peredaran darah dalam seluruh badan. Bersenamlah setiap hari walaupun sekadar berjalan turun naik tangga.4. Amalkan tidur yang cukup - tidur yang cukup penting agar tubuh badan kita mendapat rehat yang secukupnya. Bila tubuh badan kita mendapat rehat yang secukupnya terutama tidur pada waktu malam, tubuh kita boleh berfungsi dengan baik keesokkan harinya dan mampu memproses maklumat yang diterima dengan lebih baik.
5. Sentiasa pelajari sesuatu yang baru - apabila anda mengajar minda anda untuk sentiasa mempelajari sesuatu yang baru, anda menggalakkan ianya untuk memproses maklumat dan mempelajari maklumat baru yang mana ini dapat membuatkan otak anda untuk sentiasa berfikir. Sentiasa berfikir boleh meningkatkan lagi daya ingatan anda kerana otak anda sentiasa bekerja dan aktif.
Tuesday, April 12, 2011
Kawal kandungan lemak tepu dalam makanan
Lemak tepu seperti di dalam mentega, keju dan daging boleh meyebabkan meningkatnya aras kolestrol di dalam darah. Sememangnya agak payah nak kawal kandungan lemak tepu dalam makanan sebab lemak tepu boleh dikatakan terdapat dalam kebanyakkan makanan harian yang kita makan. Walaupun macam tu, terdapat cara untuk mengurangkan kandungan lemak tepu dalam pemakanan seharian kita. Antaranya adalah dengan cara:
- Bila nak masak ayam atau ikan, buang bahagian kulit dan bahagian-bahagian yang berlemak.
- Gunakan susu tanpa lemak.
- Biasakan memasak menggunakan kaedah yang memerlukan minyak yang sedikit atau kalau boleh yang tak payah langsung nak guna minyak macam memanggang, merebus, membakar dan mengukus.
- Hadkan pengambilan telur terutamanya yang kuning telur. Kalau boleh cuma 2 biji seminggu.
- Gunakan cuma sedikit minyak seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahari apabila hendak memasak.
Tuesday, April 5, 2011
Strawberi boleh putihkan gigi
Strawberi sememangnya sedap dimakan. Tapi tahukah anda yang strawberi juga mempunyai keistimewaan lain? Strawberi dikatakan boleh memutihkan gigi. Jadi kepada sesiapa yang ingin putihkan gigi, cuba petua ini. Ambil beberapa biji buah strawberi, kemudian hancurkan atau lumatkan buah strawberi tu lepas tu gosokkan kat gigi dengan menggunakan jari. Biarkan untuk beberapa minit, selepas tu bersihkan. Cuba amalkan selalu dan lihatlah kesannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)