Wednesday, February 1, 2012

Sujud ketika sembahyang dan kebaikannya

Ulama ada mengatakan yang sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah S.W.T malah menggalakkan kita untuk bersujud dengan lebih lama. Tapi percayakah anda ada juga kebaikan lain apabila kita bersujud? Percaya atau tidak berikut merupakan kebaikan yang diperolehi daripada perbuatan bersujud semasa sembahyang:

1) Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya seperti buah pinggang dimana ia membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2) Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
3)Kedudukan sujud merupakan paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
4) Memberi dorongan supaya mudah tidur.
5) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
6) Membantu dalam mengurangkan kegemukan.

No comments:

Post a Comment