Senaman merupakan salah satu cara untuk kita kekal sihat namun ia perlu dilakukan dengan betul dan selalu. Berikut merupakan petua-petua senaman yang ingin dikongsikan bersama agar kita kekal sihat sentiasa.
- Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.
- Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.
- Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai
- Jangan terus duduk sebaik sahaja anda berhenti bersenam.
- Kekuatan senaman haruslah mencapai tahap kadar nadi 120 hingga 150 kali seminit.
- Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.
- Jangan bersenam jika anda rasa kurang sihat ataupun kurang selesa.
No comments:
Post a Comment