Gaya Hidup Sihat Cara Saya
Thursday, February 16, 2012
Air Kelapa pulihkan selera makan
Caranya ialah dengan minum air kelapa bersama dengan isi kelapa tersebut. Insyaallah boleh memulihkan selera makan.
Thursday, February 9, 2012
Sujud ketika sembahyang dan kebaikannya (2)
7. Pergerakan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika hendak bersujud dan bangun dari sujud akan menjadikan otot ini lebih kuat dan elastik secara semulajadi dan dapat memastikan kelancaran perjalanan darah.
8. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
9. Otak kita juga akan dapat menerima banyak bekalan darah dan oksigen dan ini dapat membantu dalam mengelakkan pening kepala dan migrain, menajamkan akal fikiran dan menyegarkan otak.
10. Dapat mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta dapat menghindarkan penyakit salur darah.
11. Bagi wanita pergerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan mencegah daripada sakit buah dada.
12. Dari segi psikologi, sujud dapat membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Allah S.W.T dan seterusnya mengikis sifat riak, takbur dan sebagainya.
Wednesday, February 1, 2012
Sujud ketika sembahyang dan kebaikannya
Ulama ada mengatakan yang sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah S.W.T malah menggalakkan kita untuk bersujud dengan lebih lama. Tapi percayakah anda ada juga kebaikan lain apabila kita bersujud? Percaya atau tidak berikut merupakan kebaikan yang diperolehi daripada perbuatan bersujud semasa sembahyang:
1) Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya seperti buah pinggang dimana ia membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2) Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
3)Kedudukan sujud merupakan paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
4) Memberi dorongan supaya mudah tidur.
5) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
6) Membantu dalam mengurangkan kegemukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)