Friday, November 25, 2011

Petua-petua untuk senaman

Senaman merupakan salah satu cara untuk kita kekal sihat namun ia perlu dilakukan dengan betul dan selalu. Berikut merupakan petua-petua senaman yang ingin dikongsikan bersama agar kita kekal sihat sentiasa.
  1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.
  2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.
  3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai
  4. Jangan terus duduk sebaik sahaja anda berhenti bersenam.
  5. Kekuatan senaman haruslah mencapai tahap kadar nadi 120 hingga 150 kali seminit.
  6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.
  7. Jangan bersenam jika anda rasa kurang sihat ataupun  kurang selesa.

Thursday, November 3, 2011

Khasiat sarang burung

Sarang burung sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat yang sangat bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melegakan batuk, membersihkan darah, melancarkan fungsi paru-paru dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu ia juga mampu memulihkan penyakit asma, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung dan ia juga boleh dijadikan makanan tambahan bagi melewatkan proses penuaan.